COVID-19: Jururawat penerima vaksin pertama di Poland

Astro Awani
Disember 28, 2020 09:17 MYT
Alicja Jakubowska menerima suntikan vaksin yang dikendalikan seorang doktor di Warsaw, Poland, 27 Dis, 2020. (Foto AP)
KETUA jururawat di hospital besar Kementerian Dalam Negeri Poland di Warsaw menjadi individu pertama menerima vaksin di negara itu.
Ia merupakan merupakan sebahagian kempen vaksinasi di Eropah yang bermula pada Ahad.
Alicja Jakubowska disuntik dengan vaksin buatan Pfizer-BioNTech itu di sebuah hospital sementara di Stadium Negara oleh pengarah perubatannya.
Turut divaksin adalah para doktor dan petugas perubatan.
Sementara itu, program vaksinansi di hospital lain di negara itu dijadual bermula Isnin.
Poland menerima penghantaran pertama vaksin sehari lebih awal, sebagai sebahagian kempen melibatkan 27 negara kesatuan itu.
Pelan vaksinasi Poland menetapkan, petugas perubatan menjadi kumpulan pertama menerima suntikan itu.
Pada Januari, suntikan akan diteruskan secara massa meliputi warga emas, guru, polis dan petugas perubatan.
Poland mulakan kempen vaksinasi COVID-19
#vaksin #COVID-19 #jururawat #poland #Warsaw #Pfizer-BioNTech #Hospital #Kementerian Dalam Negeri #suntikan
;