COVID-19: Jururawat New York perlu justifikasi cuti sakit atau dipotong gaji

Astro Awani
April 18, 2020 10:58 MYT
Lebih 900 kakitangan hospital awam New York telah diuji positif COVID-19. - AP NEWSROOM
Jururawat dan pekerja kesihatan yang bertugas di Pusat Perubatan Jacobi di New York memprotes polisi baharu yang dilaksanakan di tengah kebimbangan krisis COVID-19.
Polisi baharu yang diperkenalkan bandar itu memerlukan kakitangan hospital yang mengambil cuti sakit perlu memberikan nota kepada doktor sebagai justifikasi ketidakhadiran mereka ke tempat kerja atau berdepan potongan gaji.
Lebih 900 kakitangan hospital awam New York telah diuji positif COVID-19.
Jururawat pediatrik di Pusat Perubatan Jacobi, Sean Petty berkata percubaan untuk menarik cuti sakit daripada kakitangan barisan hadapan adalah satu kekejaman kepada mereka dalam usaha melawan virus ini.
“Ribuan daripada kami (kakitangan perubatan) dijangkiti dan sesetengah daripada kami telah meninggal dunia dan masih sakit.
"Kami masih dalam proses pemulihan daripada trauma perang ini.
“Kami lihat pesakit yang meninggal dunia, impak terhadap keluarga kami, rakan sekerja dan kehilangan orang yang mereka sayang.
"Namun, penghinaan ini menambah derita kami,” katanya.
New York merupakan bandar yang paling teruk terjejas akibat COVID-19 dengan mencatatkan kes kematian sebanyak 13,202.
#COVID-19 #cuti sakit #Hospital #justifikasi ketidakhadiran #meninggal dunia #New York #perubatan #polisi baharu #protes
;