COVID-19: Jumlah kumulatif kes positif global melebihi 425 juta, korban 5.89 juta

Astro Awani
Februari 22, 2022 04:03 MYT
Terdapat pertambahan 1.25 juta kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. - Foto fail/REUTERS
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 425 juta kes.
Ia selepas terdapat pertambahan 1.25 juta kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 78 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42.8 juta kes dan 28 juta.
Negara yang melepasi angka 22 juta kes adalah Perancis.
United Kingdom melebihi 18 juta, Rusia dengan 15 juta kes, manakala Turki, Jerman, Itali dan Sepanyol angka 10 juta.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5 juta, diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 3.2 juta dan Thailand dengan 2.7 juta kes.
Manakala Singapura melebihi 596,000 kes.
Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan 5,304 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini mencecah 5.89 juta kes.
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 935,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 644,000 kes, India lebih 512,000 kes dan Rusia lebih 339,000 kes.
Sementara Mexico kini catat lebih 315,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 98,000 kes adalah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 146,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 55,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #Johns Hopkins University