COVID-19: Jumlah kes di India melebihi 4 juta
Agensi
September 5, 2020 22:56 MYT
September 5, 2020 22:56 MYT
Kes positif COVID-19 di India kini melepasi angka 4 juta pada Sabtu dan menyukarkan lagi tindakan kerajaan negara tersebut untuk menghentikan penularan dengan kekurangan dana.
Pada awal penularan virus itu, ia hanya menular di kawasan bandar, namun ia kini merebak hampir di setiap pelosok negeri dan wilayah di negara itu.
Dengan populasi padat berjumlah hampir 1.4 bilion, jumlah kes positif yang direkodkan kini tidak mengejutkan pakar-pakar di seluruh dunia.
Apatah lagi apabila keputusan oleh kerajaan untuk mengenakan perintah berkurung pada akhir Mac disifatkan sebagai langkah lewat.
Namun, akibat kerugian yang tinggi, perintah berkurung terpaksa ditarik semula dan meneruskan aktiviti ekonomi seperti biasa.
Setakat ini, India mencatatkan jumlah kes positif melebihi 4.023 juta dengan penambahan 86,432 kes pada Sabtu.