COVID-19: Jumlah kematian dijangka meningkat di England

Agensi
Januari 5, 2021 06:05 MYT
WHITTY: Petugas kesihatan mempunyai sistem rawatan dan ubat-ubatan yang lebih baik buat pesakit COVID-19 berbanding ketika gelombang pertama pada Mac. -Reuters
LONDON: Susulan peningkatan pesakit yang memerlukan rawatan di hospital, jumlah kematian akibat COVID-19 juga dijangka meningkat dalam bulan ini di England.
Negara itu merekodkan 830 kematian akibat wabak itu manakala jumlah jangkitan keseluruhan kini berjumlah 76,423, antara yang tertinggi di Eropah.
Menurut Ketua Pegawai Perubatan England, Chris Whitty, petugas kesihatan ketika ini mempunyai sistem rawatan dan ubat-ubatan yang lebih baik buat pesakit COVID-19 berbanding ketika gelombang pertama pada Mac.
"Jumlah kematian kini meningkat lagi. Keadaan ketika ini adalah jauh berbeza berbanding ketika penularan gelombang pertama.
"Ini kerana doktor, jururawat, petugas kesihatan awam berjaya menguruskan penularan jangkitan ini lebih baik daripada sebelumnya.
"Dibantu dengan adanya ubat-ubatan yang lebih baik seperti Dexamethasone, dan juga rawatan yang baik secara keseluruhan," katanya.
England kini dalam fasa ketiga sekatan bermula Selasa.
Malah, jumlah kes baharu harian di UK mencecah sehingga 60,000 kes berbanding pada awal penularan COVID-19 di negara itu.
#England #Britain #jumlah kematian #petugas kesihatan #COVID-19 #Chris Whitty
;