COVID-19: Jumlah kematian di AS dijangka melebihi 100,000 menjelang 1 Jun

Agensi
Mei 16, 2020 09:20 MYT
AS masih lagi negara tertinggi bagi kedua-dua kes positif baharu dan kes kematian akibat wabak tersebut. - Gambar AP
KES positif COVID-19 di Amerika Syarikat kini berjumlah 1,432,045 setakat Jumaat, seperti yang dilaporkan Pusat Sains dan Kejuruteraan Sistem (CSSE) di Universiti Johns Hopkins.
Manakala, jumlah kematian di negara itu pula meningkat kepada 86,851 kes.
AS masih lagi negara tertinggi bagi kedua-dua kes positif baharu dan kes kematian akibat wabak tersebut.
Menurut Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di AS, Robert Redfield, berdasarkan unjuran dari 12 model berbeza, jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu dijangka melebihi 100,000 kes menjelang 1 Jun.
Sementara itu, susulan penularan COVID-19, ekonomi di AS semakin merosot dengan jualan runcit menjunam 16.4 peratus kepada AS$403.9 bilion pada April.
Ia merupakan penurunan tertinggi yang direkodkan seperti yang didedahkan laporan Jabatan Perdagangan pada Jumaat.
#Amerika Syarikat #COVID-19 #kematian #positif #Robert Redfield #Universiti Johns Hopkins