COVID-19: Jerman terus catat peningkatan drastik dengan lebih 4,000 kes baharu
Agensi
Oktober 8, 2020 19:51 MYT
Oktober 8, 2020 19:51 MYT
BERLIN: Jerman merekodkan peningkatan kes baharu secara mendadak dengan 4,058 kes positif COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu adalah 310,144 kes.
Dalam tempoh sama, terdapat 16 kes kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara itu adalah 9,578 kes.
Menurut pihak berkuasa, jangkitan kes baharu kebelakangan ini banyak direkodkan dalam kalangan warga emas yang berada di pusat penjagaan dan di hospital.
Susulan peningkatan itu, pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk tidak berkunjung ke daerah yang merekodkan lebih 50 kes sejak beberapa minggu lalu.