COVID-19: Jerman syor warga bawah 60 tahun ambil vaksin berbeza untuk dos kedua
Astro Awani
April 1, 2021 07:59 MYT
April 1, 2021 07:59 MYT
BERLIN: Suruhanjaya Vaksin Jerman (Stiko) mengesyorkan mereka di bawah 60 tahun yang telah mendapat suntikan pertama vaksin AstraZeneca perlu menerima produk berbeza untuk dos kedua mereka.
Pada awal minggu ini, Jerman menyatakan hanya individu berusia 60 tahun ke atas yang boleh diberikan vaksin AstraZeneca disebabkan oleh kesan sampingan pembekuan darah.
Stiko menyatakan akan membuat cadangan berasingan kepada golongan muda yang telah menerima suntikan pertama vaksin AstraZeneca.
Dalam cadangan yang dikemas kini di laman webnya, Stiko menyatakan tidak ada bukti saintifik mengenai keselamatan rangkaian vaksin campuran.
Sehingga data yang sesuai tersedia, Stiko mengesyorkan kepada individu di bawah 60 tahun agar tidak menggunakan dos kedua AstraZeneca, sebaliknya dos vaksin mRNA perlu diberikan 12 minggu selepas vaksin pertama.
Vaksinasi Messenger Ribonucleic acid (mRNA) antaranya termasuk yang dibuat oleh Pfizer-BioNTech dan Moderna.
#COVID-19
#vaksin
#Jerman
#AstraZeneca
#STIKO
#bawah 60 tahun
#pembekuan darah
#vaksin campuran
#mRNA
#Pfizer-BioNTech
#Moderna