COVID-19: Jerman rekod kes harian tertinggi sejak April

Agensi
Ogos 20, 2020 20:00 MYT
Institut Robert Koch melaporkan jumlah jangkitan COVID-19 di Jerman mencecah angka 228,621.
JERMAN merekodkan 1,707 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, jumlah harian tertinggi sejak April.
Berbanding negara Eropah lain, negara itu dilihat lebih berjaya dalam menangani penularan virus tersebut sebelum kes meningkat dengan ketara sepanjang cuti musim panas.
Sebilangan besar angka itu datang daripada pelancong, pesta dan perjumpaan keluarga.
Institut Robert Koch (RKI) turut melaporkan, jumlah jangkitan COVID-19 di Jerman kini mencecah 228,621 kes.
Sepuluh kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan 9,253.
Awal bulan ini, Jerman memperkenalkan ujian mandatori percuma bagi sesiapa yang kembali dari kawasan yang dianggap berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.
Canselor Angela Merkel pada Selasa turut memberi amaran tidak akan ada kelonggaran sekatan COVID-19.
#Angela Merkel #COVID-19 #Institut Robert Koch #Jerman #ujian mandatori
;