COVID-19: Jerman mungkin lanjut sekatan untuk bulan kelima

Astro Awani
Mac 21, 2021 07:50 MYT
Keadaan kelihatan lengang di daerah Alt-Sachsenhausen di Frankfurt, Jerman, susulan sekatan pergerakan yang dikenakan bagi mengekang penularan COVID-19, 21 Mac, 2021. (Foto AP)
JERMAN dijangka melanjutkan sekatan pergerakan untuk bulan kelima bagi menangani pandemik COVID-19.
Langkah itu dibuat selepas kadar jangkitan melebihi tahap tertentu yang meningkatkan tekanan ke atas sistem kesihatannya.
Cadangan tersebut dijangka akan diputuskan ketika taklimat Canselor Angela Merkel bersama pemimpin kanan pada Isnin.
Sebelum ini, pihak berkuasa setuju membuka sekatan secara berperingkat.
Institut Kawalan Penyakit Berjangkit Robert Koch (RKI) mendedahkan, jumlah kes per 100,000 penduduk dalam seminggu adalah sebanyak 103.9 pada Ahad.
Ini bermakna, Unit Rawatan Rapi hospital bakal mencapai kapasiti rawatan maksimum.
Cadangan itu menggariskan keperluan melanjutkan sekatan sehingga 18 April.
Jumlah kes jangkitan COVID-19 yang disahkan di Jerman meningkat sebanyak 13,733, dengan keseluruhan 2.65 juta.
#Jerman #Angela Merkel #COVID-19 #pandemik #sekatan #pergerakan #tekanan #sistem kesihatan #RKI #Institut Kawalan Penyakit Berjangkit Robert Koch #unit rawatan rapi #kapasiti rawatan
;