COVID-19: Jerman catat lebih 11,000 kes baharu, hampir 10,000 kematian

Agensi
Oktober 24, 2020 17:53 MYT
Menteri Kesihatan Jerman dilaporkan berkata, vaksin COVID-19 dijangka akan dapat dihasilkan menjelang akhir tahun hadapan. Foto: Reuters
MUNICH: Jerman mencatatkan 11,242 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu sebanyak 403,291 kes.
Berdasarkan data Institut Robert Koch, sebanyak 49 kes kematian baharu akibat virus itu turut dilaporkan menjadikan bilangan kematian keseluruhan sebanyak 9,954 kes.
Menurut jurucakap kerajaan Jerman, jumlah jangkitan baharu itu direkodkan pada hari sama kementerian mengumumkan beberapa usaha lain bagi mengekang penularan jangkitan yang meningkat setiap hari.
Bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan negara itu berupaya untuk menghentikan penularan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn dilaporkan berkata, vaksin COVID-19 dijangka akan dapat dihasilkan menjelang akhir tahun hadapan.
Pada masa sama, beliau yakin sejumlah besar rakyat negara itu akan menerima vaksin tersebut untuk jangka masa antara enam hingga tujuh bulan.
#Jerman #COVID-19 #Menteri Kesihatan #kes positif #kes kematian #vaksin #bilangan kes tertinggi #Institut Robert Koch
;