COVID-19: Jerman benarkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun divaksin

Astro Awani
Ogos 16, 2021 06:47 MYT
Agensi itu membuat kesimpulan kelebihan vaksinasi melebihi risiko kesan sampingan vaksin yang sangat jarang terjadi. - Foto REUTERS
BERLIN: Jawatankuasa Penasihat Vaksin Jerman mengemaskini garis panduannya untuk mengesyorkan agar semua kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun diberikan vaksin COVID-19.
Langkah itu diambil selepas data keselamatan lebih lanjut dan peningkatan risiko berkenaan varian Delta yang mudah menular timbul.
Jawatanuasa yang dikenali sebagai STIKO itu sebelum ini hanya membenarkan pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak yang mempunyai kondisi kesihatan tertentu.
STIKO berkata, cadangan itu dibuat berdasarkan data pemerhatian baharu daripada program vaksinasi di Amerika Syarikat serta pemodelan matematik yang menunjukkan kanak-kanak berisiko tinggi mendapat jangkitan varian Delta.
Jelasnya agensi itu membuat kesimpulan kelebihan vaksinasi melebihi risiko kesan sampingan vaksin yang sangat jarang terjadi.
#COVID-19 #vaksin #Varian Delta #Jerman #remaja #STIKO
;