COVID-19: Jepun tarik balik arahan pemakaian pelitup muka

Astro Awani
Januari 29, 2023 12:10 MYT
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19. -Reuters
TOKYO: Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.
Menurut perdana menteri Fumio Kishida, perubahan itu akan bermula secara rasmi pada awal Mei.
Beliau pada masa sama memberi gambaran bahawa negara itu akan mengklasifikasikan COVID-19 sebagai penyakit biasa seperti selesema berbanding penyakit bahaya lain seperti TB dan SARS.
Ujarnya, pemakaian pelitup muka kini bergantung kepada setiap individu sama ada di kawasan tertutup atau terbuka.
Ia sebahagian daripada usaha negara itu untuk hidup bersama COVID-19 dan membudayakan kembali di rumah, sekolah, tempat kerja, dan kawasan kejiranan.
Perubahan tersebut bermaksud bermula 8 Mei nanti, pesakit COVID-19 dan kontak rapat tidak lagi perlu menjalani tempoh kuarantin.
#COVID-19 #Fumio Kishida #pelitup muka #kontak rapat
;