COVID-19: Jepun mula program vaksinasi minggu depan

Agensi
Februari 10, 2021 18:22 MYT
Pada awal bulan ini, Suga mengumumkan lanjutan keadaan darurat koronavirus di Tokyo dan sembilan wilayah lain sehingga 7 Mac depan. - Gambar fail/REUTERS
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga menjangkakan pelaksanaan program vaksinasi COVID-19 di negara itu akan dapat dimulakan minggu depan.
Suga berkata Jepun akan mula menggunakan dos vaksin Pfizer dan BioNTech selepas mengesahkan keberkesanan dan keselamatannya.
“Vaksin akan dilancarkan pada pertengahan minggu depan setelah mengesahkan keberkesanan dan keselamatannya.
"Kerjasama kerajaan tempatan, doktor dan jururawat yang bertanggungjawab ke atas operasi lokasi vaksinasi itu sememangnya diperlukan," katanya.
Berucap pada mesyuarat kerajaan, beliau berkata kerjasama dalam kalangan kerajaan tenpatan dan petugas kesihatan merupakan kunci kejayaan pelaksanaan program vaksinasi itu.
Pada awal bulan ini, beliau mengumumkan lanjutan keadaan darurat koronavirus di Tokyo dan sembilan wilayah lain sehingga 7 Mac depan.
Dalam keadaan darurat, kerajaan Jepun turut meminta orang ramai agar mengelak daripada berhimpun dan makan di restoran secara berkumpulan serta mengarahkan restoran dan bar untuk ditutup pada jam 8 malam.
#COVID-19 #vaksin #Yoshihide Suga #Pfizer dan BioNTech #darurat #Tokyo #program vaksinasi #Pfizer #BioNTech
;