COVID-19: Jepun mula longgar sempadan bulan depan

Astro Awani
September 23, 2022 11:30 MYT
Jepun secara rasmi membenarkan pelancong masuk pada bulan Jun buat kali pertama dalam tempoh dua tahun. - Foto Facebook/Chubu Centrair International Airport
NEW YORK: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida akan melonggarkan keperluan kawalan sempadan COVID-19 bulan depan.
Ia dilihat sebagai satu langkah penting dalam memupuk pemulihan dalam sektor pelancongan Jepun.
Ia juga dilihat untuk mengambil kesempatan daripada kejatuhan yen ke paras terendah dalam 24 tahun.
Jepun telah mengekalkan beberapa langkah sempadan paling ketat dalam kalangan ekonomi utama sejak bermulanya wabak itu sehingga ia memulakan pembukaan semula secara beransur-ansur pada bulan Jun.
Bermula 11 Oktober, Jepun akan memulihkan pelancongan individu dan perjalanan pengecualian visa kepada individu dari negara tertentu selagi mereka diberi vaksin.
Pada masa yang sama, ia juga akan menghapuskan had harian bagi ketibaan ke negara itu, yang kini ditetapkan pada 50,000.
Jepun juga mungkin menyemak semula peraturan hotel, membenarkan mereka menolak tetamu yang tidak mematuhi kawalan jangkitan, seperti memakai pelitup muka.
Jepun secara rasmi membenarkan pelancong masuk pada bulan Jun buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, tetapi hanya kira-kira 8,000 tiba hingga Julai, berbanding lebih 80,000 pengunjung sehari sebelum wabak itu.
#COVID-19 #Fumio Kishida #Kawalan sempadan #sektor pelancongan
;