COVID-19: Jepun mohon bantuan negara G7 untuk teruskan Olimpik 2020
Faris Danial Razi
Mac 17, 2020 15:38 MYT
Mac 17, 2020 15:38 MYT
PERDANA Menteri Jepun, Abe Shinzo menegaskan acara Olimpik 2020 akan diteruskan mengikut apa yang telah dirancang meskipun wabak COVID-19 masih belum menunjukkan sebarang perubahan baik.
Tegas beliau, Jepun akan mendapatkan bantuan negara G7 bagi membuktikan kemampuan manusia mengatasi COVID-19.
Tambahnya, pihak negara G7 bersetuju bagi mengadakan kerjasama sebagai usaha untuk menyokong ekonomi global yang terjejas akibat COVID-19.
Beliau berkata demikian selepas sesi dialog di sidang kemuncak bersama pemimpin negara G7 yang lain pada Selasa.
Menteri Olimpik Jepun, Seiko Hashimo, pada masa sama mengulangi bahawa Tokyo tekad untuk meneruskan acara olimpik dengan kerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Di Jepun, sebanyak 818 kes positif COVID-19 direkodkan dengan 24 kematian setakat ini.