COVID-19: Jangkitan di New York atasi angka di Sepanyol, Itali

Agensi
April 9, 2020 09:48 MYT
New York kini mencatat 151,171 kes mengatasi angka di Sepanyol serta Itali. -AP
New York, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mencatat peningkatan kes jangkitan koronavirus sehingga mengatasi angka di Sepanyol dan Itali.
Menurut Gabenor Andrew Cuomo, New York memecah rekod pada Rabu dengan angka kematian tertinggi dalam sehari.
New York kini mencatat 151,171 kes dengan 6,268 kematian manakala Sepanyol melaporkan 148,200 kes dan Itali 139,422.
Cuomo berkata bilangan kematian akan terus meningkat kerana pertambahan mereka yang dimasukkan ke hospital untuk masa yang lebih lama.
"Sekarang bukan masa untuk berpuas hati, bukan masa untuk melakukan apa-apa yang lain daripada yang sedang kami lakukan.
"Ingatlah apa yang terjadi di Itali apabila sistem penjagaan kesihatan keseluruhannya menjadi lebih teruk, jadi kita perlu terus rajin; kita perlu terus berdisiplin.
"Tidak syak lagi bahawa kita sedang membengkokkan lengkung pandemik ini, dan tidak ada keraguan bahawa kita tidak boleh berhenti melakukan apa yang kita lakukan sekarang," katanya.
#Andrew Cuomo #COVID-19 #Hospital #Itali #kes jangkitan koronavirus #kesihatan #New York #sepanyol
;