COVID-19: AS jangka penurunan drastik menjelang akhir Julai
Astro Awani
Mei 6, 2021 08:19 MYT
Mei 6, 2021 08:19 MYT
AMERIKA Syarikat dijangka menyaksikan penurunan ketara kes harian COVID-19 menjelang Julai ini.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), ia berdasarkan unjuran oleh enam kumpulan kajian yang berbeza.
Unjuran tersebut menjangkakan antara tempoh sekarang sehingga September ini, dalam senario yang berbeza bergantung kepada program vaksinasi yang sedang berjalan dan tahap disiplin rakyatnya.
Pengarahnya, Dr Rochelle Walensky menyifatkan ia sebagai perkhabaran gembira.
“Dalam berita gembira, unjuran tersebut menjangkakan penurunan drastik menjelang Julai 2021 dan penurunan yang lebih cepat sekiranya orang ramai divaksin secepat mungkin.
“Keputusan ini mengingatkan kita ada jalan keluar dan unjuran ini memberikan sinar harapan kepada musim panas nanti, unjuran ini juga memberi kita peringatan bahawa dalam keadaan tempatan dan peningkatan varian masih lagi meletakkan risiko peningkatan kes COVID-19.
“Terutamanya sekiranya kita tidak meningkatkan kadar vaksinasi dan tidak meneruskan strategi migitasi sehingga kita sudah memvaksin ramai orang,” katanya.
Ketika ini, CDC melaporkan purata kes sehingga 350,000 kes setiap minggu, 35,000 kes di hopsital dan lebih 4,000 kematian.
Namun, unjuran tersebut menjangkakan menjelang akhir Julai nanti, kes akan menurun kepada 50,000, rawatan di hospital menurun kepada kurang 1,000 kes dan kematian antara 200 sehingga 300 kes.
#Rochelle Walensky
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#program vaksinasi
#Kajian
#penurunan
#kes positif
#CDC
#unjuran
#vaksin