COVID-19: Jakarta buka semula 610 buah sekolah
Astro Awani
Ogos 30, 2021 04:27 MYT
Ogos 30, 2021 04:27 MYT
JAKARTA: Indonesia membuka semula sekolahnya di Jakarta dan Jawa Tengah pada Isnin selepas lebih setahun ditutup akibat COVID-19.
Pembukaan semula sekolah itu membolehkan 45 juta murid dan pelajar menjalani sesi pembelajaran bersemuka, berbanding secara jarak jauh sejak Mac 2020.
Secara keseluruhannya, 610 buah sekolah dibuka selepas berlaya melepasi ujian yang dijalankan Agensi Pelajaran Jakarta.
Jakarta mempunyai sekitar 5,341 buah sekolah.
Menurut pihak berkuasa, kapasiti maksimum pelajar ditetapkan bagi setiap kelas adalah 50 peratus dan masa pembelajaran terhad antara 60 hingga 175 minit seminggu.
Selain Jakarta, beberapa daerah turut membuka semula sekolah pada Isnin.
Jakarta, pusat wabak terbesar di negara itu, membuka semula sesi persekolahan selepas 85 peratus guru menerima vaksin lengkap, manakala 15 peratus lagi akan dibuka pada Januari depan.
Kerajaan menangguhkan rancangan membuka sekolah di Jakarta pada pertengahan tahun ini kerana risiko penularan wabak, malah ia tidak dilaksana sehingga Julai lalu selepas Indonesia menjadi pusat pandemik global yang mencatat lebih 2,000 kematian dan 40,000 kes sehari.
Sejak pandemik bermula pada 2020, negara itu merekodkan lebih empat juta jangkitan dan lebih 131,000 kematian akibat COVID-19.
Program vaksinasi agak perlahan apabila kurang 13 peratus daripada 270 juta rakyat Indonesia lengkap divaksin dan 22 peratus menerima satu dos, yang kebanyakannya vaksin Sinovac.