COVID-19: Itali umum kurangkan sekatan akhir bulan
Astro Awani
April 16, 2021 07:54 MYT
April 16, 2021 07:54 MYT
ROME: Itali umum akan mula mengurangkan sekatan ketat COVID-19 pada hujung bulan ini.
Kata Perdana Menterinya, Mario Draghi, keutamaan akan diberikan kepada institusi pendidikan serta premis perniagaan di ruang terbuka.
Sekatan akan dikurangkan secara berperingkat dari 26 April ini.
Di bawah pendekatan baharu ini, restoran boleh menawarkan perkhidmatan bawa pulang.
Sementara di daerah dengan risiko rendah, pelajar di semua peringkat akan dibenarkan kembali ke sekolah.
"Keputusan ini dibuat serentak dengan pengenalan zon kuning. Kerajaan akan memberi keutamaan kepada aktiviti terbuka, restoran di lokasi terbuka, dan sekolah.
"Sekolah di semua peringkat akan dibuka sepenuhnya untuk di zon kuning dan jingga, sementara ia akan dikecualikan di zon merah," katanya.
Pembukaan berperingkat ini adalah yang pertama sejak kes COVID-19 memuncak di Itali musim luruh lalu.
Draghi menjelaskan, keputusan melonggarkan sekatan dibuat berdasarkan data yang semakin baik.