COVID-19: Itali perketat langkah sekatan menjelang cuti Krismas

Khairunnisa Kasnoon
Disember 19, 2020 05:52 MYT
Orang ramai beratur di luar sebuah kedai Gucci di Rom, ketika kerajaan Itali bersedia untuk mengenakan sekatan lebih ketat sempena kedatangan musim Krismas, 19 Dis, 2020. REUTERS
RAKYAT Itali pada Sabtu bersiap sedia menghadapi sekatan baharu selepas Perdana Menteri Giuseppe Conte mengumumkan langkah yang lebih ketat menjelang musim cuti.
Conte memutuskan untuk mengehadkan pergerakan pada hari cuti dan hujung minggu dari 21 Dis sehingga 6 Jan, dengan sedikit kelonggaran semasa empat hari bekerja.
Selain itu, bagi memeriahkan sambutan Krismas, kunjungan rakan atau ahli keluarga dibenarkan pada hari tertentu dengan tidak melebihi dua orang.
Conte dalam pengumumannya melahirkan kebimbangan pertemuan keluarga dan rakan-rakan akan menyebarkan jangkitan virus.
Dalam pada itu, Conte berkata, program vaksinasi di Itali dijadual dilancarkan pada 27 Dis.
#Itali #COVID-19 #rakyat #Perdana Menteri #sekatan #Giuseppe Conte #jangkitan #virus #kunjungan #sambutan #Krismas #vaksin
;