COVID-19: Itali larang individu belum vaksin guna perkhidmatan sosial

Astro Awani
Januari 10, 2022 07:50 MYT
Mereka yang tidak divaksin disekat daripada menggunakan perkhidmatan sosial seperti restoran dan bar dan pengangkutan awam. - Foto REUTERS
ROM: Kerajaan Itali mewajibkan pengambilan vaksin kepada warganya yang berusia 50 tahun ke atas sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19.
Ia selepas negara itu mencatatkan peningkatan kes dengan lebih separuh mereka yang dijangkiti masih belum mendapatkan suntikan vaksin.
Perdana Menteri Mario Draghi berkata, mereka yang tidak divaksin menjadi penyumbang utama kepada krisis kesihatan berpanjangan dan peningkatan kes COVID-19 di Itali.
Mereka yang tidak divaksin juga disekat daripada menggunakan perkhidmatan sosial seperti restoran dan bar dan pengangkutan awam.
Ia sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat.
Bagaimanapun peraturan tersebut tidak terpakai kepada mereka yang baru sembuh daripada COVID-19.
Itali mencatatkan kes positif harian melebihi 100,000 kes dengan 227 kematian dalam masa 24 jam lepas.
#COVID-19 #vaksin #sekatan #Mario Draghi
;