COVID-19: Itali catat peningkatan ketara kes kematian
Agensi
Mac 3, 2020 06:23 MYT
Mac 3, 2020 06:23 MYT
Jumlah kematikan akibat COVID-19 di Itali menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 24 jam, sekali gus menjadikan angkat terkini kematian mencecah 79 orang.
Ketua Jabatan Perlindungan Awam Itali dan Pesuruhjaya, Angelo Borrelli berkata sejak Isnin lalu, lebih 27 kematian dilaporkan di negara itu akibat wabak tersebut.
Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia berusia antara 55 tahun dan 101 tahun.
Setakat Selasa, jumlah kes di negara itu meningkat hampir 500 kepada 2,502 dengan kebanyakan kes dan kematian berlaku di wilayah utara Lombardy.
#Angelo Borrelli
#COVID-19
#Itali
#Jabatan Perlindungan Awam Itali
#Lombardy
#meninggal dunia
#peningkatan ketara
#WHO