COVID-19: Itali catat 345 kematian dalam tempoh 24 jam
Agensi
Mac 17, 2020 07:25 MYT
Mac 17, 2020 07:25 MYT
AGENSI perlindungan awam Itali memaklumkan sebanyak 345 kematian dicatatkan di negara itu dalam tempoh 24 jam akibat COVID-19.
Ia sekali gus menjadikan angka kematian akibat pandemik tersebut meningkat kepada 2,503 orang sejak kes pertama dikesan di negara itu pada 21 Februari lalu.
Kes positif COVID-19 pula meningkat kepada 31,506 kes setakat Selasa.
Ketua Pengarah Agensi Farmaseutikal Itali (AIFA), Nicola Magrini memaklumkan pihaknya akan mula menjalankan ujian terhadap ubat Tocilizumab, yang biasanya digunakan untuk merawat rheumatoid arthritis, ke atas 330 pesakit.
"Menggunakan keupayaan etika terbaik kami untuk menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa, dengan menjalankan usaha yang ada harapan untuk berjaya tetapi masih di peringkat ujian, kami melakukan dua jenis kajian ini.
"Satu kajian yang mempunyai ciri-ciri yang lebih jelas walaupun ia dilakukan secara rawak.
"Dan, berdasarkan dapatan kami sepanjang tiga atau empat hari lepas, sekiranya kita mampu mengambil semua pesakit yang diperlukan, kita mungkin mempunyai data untuk tahu sama ada ujian ini berkesan atau sebaliknya," katanya seperti dilaporkan media antarabangsa.
Eskperimen tersebut dijangka mengumpul data yang diperlukan bagi mendapatkan rawatan yang berkesan dalam melawan pandemik COVID-19.
#COVID-19
#eskperimen
#HapusCOVID-19
#Itali
#Kajian
#koronavirus
#Nicola Magrini
#rawatan
#Tocilizumab