COVID-19: AS isytihar darurat seluruh negara

Astro Awani
Mac 13, 2020 05:08 MYT
Trump Jumaat isytihar jangkitan wabak COVID-19 sebagai darurat di seluruh negara. -Gambar fail
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengisytihar jangkitan wabak COVID-19 sebagai darurat di seluruh negara.
Keputusan itu diambil selepas Washington bergelut membendung penularan jangkitan virus yang setakat ini telah menjangkiti lebih 2,000 dan mengorbankan lebih 40 mangsa.

To unleash the full power of the Federal Government in this effort, today I am officially declaring a National Emergency. pic.twitter.com/yu2GBcxWD6

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) March 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya dengan ini mengisytiharkan darurat di seluruh negara," kata Trump pada sidang media berhubung penularan jangkitan COVID-19 di Washington.
Langkah itu menurutnya membolehkan dana kecemasan AS$50 bilion (kira-kira RM215 bilion) diagih kepada kerajaan negeri dan tempatan bagi mengambil langkah membendung wabak itu.
Menurut Trump lagi, doktor dan hospital akan diberi kelonggaran dari segi perundangan dan kawal selia dalam merawat pesakit.
“Kita akan basmi ancaman ini. AS mampu bangkit apabila diuji. Ancaman ini akan berlalu," kata Trump lagi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengkategorikan situasi penularan COVID-19 sebagai pandemik.
Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.
BACA: COVID-19 kini diisytihar pandemik - WHO
BACA: Fahami perbezaan epidemik, endemik dan pandemik
#AS #COVID-19 #Donald Trump #koronavirus #Washington
;