COVID-19: Israel mulakan dos keempat buat warga emas
Astro Awani
Januari 2, 2022 07:47 MYT
Januari 2, 2022 07:47 MYT
PERDANA Menteri Israel Naftali Bennett pada Ahad mengumumkan peluasan kempen suntikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19, bagi rakyatnya yang berumur 60 tahun ke atas.
Israel minggu lalu meluluskan dos penggalak untuk populasi terhad warganya yang mempunyai penyakit kronik.
Bennett berkata, pemberian suntikan penggalak yang merupakan dos keempat kepada warga emas, secara keseluruhan akan memberikan lapisan baharu kepada perlindungan dari jangkitan COVID-19.
Beliau berkata demikian menerusi ucapan yang disiarkan stesen televisyen negara itu,
Sebelum itu, Bennett memberi amaran bahawa Israel tidak lama lagi akan berdepan dengan puluhan ribu kes sehari kerana varian Omicron yang terus merebak.