COVID:19: Iraq bina banyak hospital sementara

Astro Awani
Jun 21, 2020 09:30 MYT
Iraq melaksanakan sekatan pergerakan dengan menutup institusi pendidikan, pawagam, kafe, kelab selain melarang perhimpunan awam dan menutup sempadan. - Reuters
IRAQ kini terpaksa membina lebih banyak hospital sementara berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 sehingga menyebabkan kesesakan di hospital awam.
Peningkatan itu adalah senario yang dibimbangi kerajaan baharu pimpinan Mustafa Al-Kadhimi yang berusaha mengimbangan defisit belanjawan di tengah trend penurunan harga minyak.
Kementerian Kesihatan dan Perdagangan Iraq berusaha mewujudkan hospital sementara di seluruh Baghdad untuk membantu meningkatkan kapasiti klinikal di ibu negara Iraq itu.
Salah satu hospital sementara baharu adalah di bangunan Pameran Antarabangsa Baghdad.
Iraq melaksanakan sekatan pergerakan dengan menutup institusi pendidikan, pawagam, kafe, kelab selain melarang perhimpunan awam dan menutup sempadan.
Menurut Kementerian Kesihatan dan Perdagangan, negara itu mencatatkan hampir 30,000 kes COVID-19 dengan lebih 1,000 kematian sehingga kini.
#Baghdad #COVID-19 #Hospital #kesihatan #minyak #pendidikan
;