COVID-19: Iran lapor tiga kematian pertama akibat varian Omicron

Astro Awani
Januari 15, 2022 07:32 MYT
Petugas kesihatan memeriksa suhu badan seorang wanita di Tehran, Iran, 22 Okt 2021. - Gambar fail REUTERS
KEMENTERIAN Kesihatan Iran melaporkan tiga kematian pertama akibat varian Omicron pada Sabtu.
Menurut jurucakap kementerian, Mohammad Hashemi, tiga kematian tersebut direkodkan masing-masing satu di bandar Tabriz, Yazd dan Shahrekord.
"Jumlah pesakit dengan jangkitan Omicron di negara ini kini mencecah 1,162 orang.
"Manakala seorang pesakit berada dalam keadaan kritikal di hospital di bandar Ahvaz," katanya kepada stesen penyiaran IRIB.
Untuk rekod, minggu lalu Iran melonggarkan semula sekatan melalui perjalanan darat dari negara jiran dan beberapa negara Eropah.
Namun, pada masa sama, negara itu masih mengekalkan sekatan kemasukan dari Britain, Perancis dan lapan negara Afrika Selatan susulan penularan varian baharu tersebut.
Iran setakat ini merekodkan 132,044 kematian dalam gelombang kelima penularan COVID-19 di negara itu sejak Feb 2020.
Jumlah kematian bagaimanapun menunjukkan penurunan ketara sejak beberapa bulan lepas.
#COVID-19 #Iran #varian omicron #kematian akibat Omicron
;