COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini

Astro Awani
Ogos 25, 2022 12:53 MYT
Joko Widodo mengarahkan vaksinasi semula untuk mencegah jangkitan COVID-19 terutamanya dalam kalangan mereka yang rendah tahap imunisasinya. - Gambar fail
PRESIDEN Joko Widodo mengarahkan program vaksinasi COVID-19 dikembalikan di negara itu pada hujung tahun ini.
Mengumumkan perkara itu, Menteri Kesihatannya Budi Gunadi Sadikin berkata, keputusan itu diambil pada mesyuarat Penguatkuasaan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) di Pejabat Presiden pada Selasa.
"Suntikan ini akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi dan individu yang mempunyai masalah sistem imun rendah," lapor Kompas di Jakarta, pada Selasa.
Namun begitu, Budi Gunadi menjelaskan, sebelum pelaksanaannya, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian yang terperinci.
Antara lain, kajian itu katanya, bertujuan mengenal pasti kumpulan yang menyaksikan penurunan ketara kadar imunisasi untuk menentang COVID-19.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan program itu juga adalah sebagai persediaan untuk meningkatkan imuniti penduduk berdepan kemungkinan gelombang baharu.
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #Joko Widodo #program vaksinasi
;