COVID-19: Indonesia catat lebih 20,000 kes dalam tempoh 24 jam

Bernama
Jun 24, 2021 11:45 MYT
Indonesia mencatat lebih 20,000 kes COVID-19, jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan di negara ini pada Mac 2020. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Indonesia mencatat lebih 20,000 kes COVID-19, jumlah harian tertinggi sejak kes pertama dikesan di negara ini pada Mac 2020.
Menurut data di akaun Twitter rasmi Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia @BPNB_Indonesia hari ini, 20,574 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah keseluruhan 2,053,995 kes.
Seramai 1,826,504 pesakit pulih, dan 355 lagi meninggal dunia - menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 55,949 orang.
Peningkatan kes baharu sejak seminggu lalu itu dikaitkan dengan aktiviti 'balik kampung' semasa Aidilfitri lalu, dan jangkitan melibatkan varian Delta.
-- BERNAMA
#Indonesia #kes baharu #COVID-19 #Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia #balik kampung #Aidilfitri #Varian Delta