COVID-19: Indonesia catat 6,089 jangkitan baharu, 474,771 kes sembuh

Khairunnisa Kasnoon
Disember 6, 2020 21:24 MYT
Seramai 28,605 penduduk menjalani ujian saringan pada Ahad. -Gambar/ Reuters
KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia mengumumkan 6,089 jangkitan kes baharu di republik itu pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara meningkat kepada 575,769 kes.
Bedasarkan kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, 151 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 17,740 kes.
Jumlah pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 474,771 orang.
Kementerian itu juga memaklumkan, 28,605 penduduk menjalani ujian saringan pada Ahad menjadikan keseluruhan penduduk yang menjalani ujian seramai 4.06 juta orang.
Jakarta merekodkan 1,331 kes baharu menjadikan jumlah jangkitan di ibu negara itu kepada 143,961.
Sementara itu, Jawa Barat melaporkan 1,388 kes baharu, Jawa Timur (572), Jawa Tengah (528), Riau (225) dan Yogyakarta (224).
#Indonesia #Jakarta #kesihatan #COVID-19 #ujian saringan #kematian #bandaraya #kementerian kesihatan indonesia
;