COVID-19: Individu berisiko tinggi disaran elak guna kapal persiaran

Astro Awani
Ogos 20, 2021 07:48 MYT
Operator kapal pesiaran akan memulakan pelayaran dari pelabuhan Amerika Syarikat dalam beberapa minggu ini dengan membawa tetamu dan kru yang telah diberikan vaksin. - Gambar hiasan
PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat menyarankan individu yang mempunyai risiko alami gejala teruk akibat COVID-19 mengelakkan perjalanan dengan kapal pesiaran.
Mereka disarankan mendapatkan nasihat perubatan sebelum berhasrat melakukan perjalanan berkenaan.
Agensi itu berkata, warga emas dan individu yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu cenderung untuk mengalami gejala parah.
Operator kapal pesiaran akan memulakan pelayaran dari pelabuhan Amerika Syarikat dalam beberapa minggu ini dengan membawa tetamu dan kru yang telah diberikan vaksin.
Bagaimanapun beberapa kes COVID-19 dikesan dan varian Delta yang mudah menular meningkatkan kebimbangan mengenai pemulihan industri pelayaran daripada paras terendah yang dilihat tahun lalu.
Badan kesihatan pada Mei lalu bersetuju beberapa operasi pelayaran dimulakan semula pada Jun.
Ia mengurangkan tahap amaran serta mengesyorkan hanya individu lengkap dua dos vaksin boleh menyertai perjalanan dengan kapal pesiaran.
#COVID-19 #vaksin #kapal persiaran #CDC #Amerika Syarikat
;