COVID-19: India tingkatkan ujian saringan kepada 900,000 sehari

Astro Awani
Ogos 20, 2020 20:01 MYT
India menjadi negara ketiga paling paling dijangkiti COVID-19 selepas Amerika Syarikat dan Brazil.
India terpaksa meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 kepada 900,000 sehari selepas negara itu terus merekodkan lonjakan kes harian dalam tempoh 24 jam.
AP melaporkan negara itu mencatatkan 69,652 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2.8 juta kes dengan dua juta daripada mereka sembuh.
Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan memaklumkan, India merekodkan 977 kematian akibat jangkitan itu, menjadikan angka korban meningkat kepada 53,866 kes.
India setakat ini telah menjalankan kira-kira tiga juta ujian virus COVID-19, namun menerima desakan daripada para pakar agar jumlah itu ditingkatkan memandangkan negara itu mempunyai 1.4 bilion penduduk, yang merupakan populasi kedua terbesar di dunia.
India menjadi negara ketiga paling paling dijangkiti COVID-19 selepas Amerika Syarikat dan Brazil.
#Amerika Syarikat #Brazil #COVID-19 #Harsh Vardhan #India #Narendra Modi #pupulasi tertinggi #ujian saringan
;