COVID-19: India pecah rekod kematian tertinggi di dunia selepas buat kiraan semula
Agensi
Jun 10, 2021 18:21 MYT
Jun 10, 2021 18:21 MYT
NEW DELHI: Angka korban di India melonjak naik kepada lebih 6,000 kes sekali gus memecah rekod kematian tertinggi di dunia apabila salah satu negeri mengkaji semula data kematian akibat COVID-19.
Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, sejumlah 6,148 kes korban disahkan dalam tempoh 24 jam sebelumnya.
Pada Rabu, Negeri Bihar mengesahkan bahawa kes kematiannya adalah kira-kira 4,000 ke 9,500 kes selepas membuat penelitian semula.
Dengan kemas kini tersebut, ia menimbulkan keraguan dalam kalangan pakar kesihatan yang mendakwa jumlah kematian sebenar adalah lebih tinggi daripada sepatutnya.
India ketika ini telah mengesahkan hampir 360,000 kematian iaitu ketiga tertinggi di dunia.
Sebelum ini, rekod korban harian tertinggi dunia adalah di Amerika Syarikat yang mencatatkan 5,527 kematian pada 12 Februari lalu.