COVID-19: India lapor 36,470 kes baharu, terendah sejak Julai lalu

Agensi
Oktober 27, 2020 21:10 MYT
India mengesahkan 488 lagi kematian baharu, sekali gus menjadikan bilangannya bertambah kepada 119,502. - Reuters
NEW DELHI: India catat kes harian COVID-19 terendah dalam tempoh tiga bulan selepas negara itu melaporkan 36,470 lagi kes baharu.
Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, jumlah kes yang disahkan pada Selasa itu selaras dengan trend penurunan jangkitan sejak beberapa hari lalu.
Dalam pada itu, India mengesahkan 488 lagi kematian baharu, sekali gus menjadikan ia bertambah kepada 119,502.
Untuk rekod, jumlah keseluruhan kes di India hampir mencapai angka lapan juta manakala Amerika Syarikat kini merekodkan 8.7 juta keseluruhan kes.
September lalu, kes baharu harian di India meningkat kepada hampir 100,000 kes, namun ia mula menurun sejak lonjakan tersebut.
#kes harian #COVID-19 #kes terendah #India #Kementerian Kesihatan #kesihatan #Pandemik COVID-19
;