COVID-19: India laksana perintah berkurung 21 hari

Agensi
Mac 24, 2020 07:10 MYT
India setakat Selasa mencatatkan 519 kes positif dan 10 kematian akibat COVID 19.
India umum laksana perintah berkurung seluruh negara dalam usaha membendung wabak COVID-19.
Perdana Menteri Narendra Modi berkata, perintah berkurung itu bermula pada jam 12 tengah malam Selasa waktu tempatan.
Katanya, sekatan itu akan dilaksanakan untuk tempoh tiga minggu.
“Untuk selamatkan India, rakyat, anda dan keluarga anda... semua jalan dan kawasan kejiranan akan ditutup,” katanya pada satu sidang media, Selasa.
Memetik laporan portal berita News18, beliau, bagaimanapun berkata, pengecualian perintah berkurung itu diberikan kepada beberapa sektor perkhidmatan penting negara dan industri kritikal.
Perintah itu mewajibkan semua rakyatnya untuk tinggal di rumah masing-masing semasa perintah berkurung demi keselamatan mereka.
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa beberapa mekanisme akan dikawal oleh kerajaan bagi memastikan bekalan bahan-bahan penting disediakan dalam tempoh terdekat.

#TotalLockdown | Mechanisms are in place to ensure theres supply of essentials and will be done in the coming times too: PM Narendra Modi Live Updates: https://t.co/aEJIQVrPqh #StayHome | #IndiaFightsCOVID19 pic.twitter.com/jRKYGEufIj

— News18 (@CNNnews18) March 24, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Kementerian Kesihatan, India setakat Selasa mencatatkan 519 kes positif dan 10 kematian akibat COVID 19.
#coronavirus #COVID India #COVID19 #India #Kementerian Kesihatan #Narendra Modi #pandemik #perintah berkurung #sekatan perjalanan
;