COVID-19: India henti liga kriket ketika kes cecah 20 juta
Astro Awani
Mei 4, 2021 06:43 MYT
Mei 4, 2021 06:43 MYT
NEW DELHI: India menghentikan permainan sukan paling popular di negara itu, kriket, susulan kes jangkitan COVID-19 yang melonjak kepada angka 20 juta pada Selasa.
Antara acara sukan kriket yang ditangguhkan termasuk Liga Perdana India (IPL).
Negara itu menambah 10 juta kes dalam tempoh hanya empat bulan selepas mengambil masa 10 bulan untuk mencapai 10 juta pertama.
Dengan 3.45 juta kes aktif, India mencatatkan 357,229 jangkitan baharu dalam 24 jam terakhir sementara kematian meningkat daripada 3,449 kepada 222,408.
Dengan hospital yang kekurangan tempat katil dan oksigen, bilik mayat dan pusat pembakaran mayat sesak, para pakar menyatakan jumlah sebenar mungkin lima hingga 10 kali lebih tinggi.
Pemimpin pembangkang India mendesak agar perintah berkurung di seluruh negara dilaksanakan segera kerana mendakwa ia satu-satunya jalan penyelesaian.
Perdana menteri Narendra Modi dikritik kerana membenarkan perayaan keagamaan dan perhimpunan politik yang dihadiri ratusan ribu orang yang kebanyakannya tidak memakai pelitup muka.
Modi enggan melaksanakan perintah berkurung seluruh negara susulan kebimbangan kejatuhan ekonomi.
#Narendra Modi
#perintah berkurung
#Kriket
#perhimpunan
#India
#pembangkang
#COVID-19
#pelitup muka
#Liga Perdana India
#IPL