COVID-19: India catat penurunan 63 peratus kes harian

Astro Awani
Jun 4, 2021 06:15 MYT
India merekodkan penurunan kes harian COVID-19 sehingga 63 peratus sejak ia mula mencatatkan peningkatan drastik pertengahan Mei lalu. -REUTERS
NEW DELHI: India merekodkan penurunan kes harian COVID-19 sehingga 63 peratus sejak ia mula mencatatkan peningkatan drastik pertengahan Mei lalu.
Bagaimanapun, sekatan pergerakan terus dilaksanakan di sebahagian besar negara itu termasuk di New Delhi.
Ini termasuk penutupan sektor perniagaan untuk tempoh sebulan lagi.
Bagaimanapun Menteri Kesihatannya, Luv Agarwal, memberi amaran bahawa usaha memerangi pandemik itu masih belum berakhir.
“Jika kita bandingkan dengan minggu lepas dan minggu ini, kita mendapati penurunan sehingga 33 peratus mingguan.
"Secara keseluruhannya jika kita bandingkan pada waktu kemuncak, kita mendapati penurunan sehingga 63 peratus di seluruh negara.
“Ini adalah usaha berterusan. Ia tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Jadi kita perlu meneruskan usaha berterusan ini, kita perlu teruskan tekad dan momentum.
"Ini bermakna kita perlu terus patuh kepada peraturan COVID-19 yang ditetapkan,” katanya.
India melepasi rekod 28.5 juta kes secara kumulatif di seluruh negara dengan 340,000 kematian.
#India #COVID-19 #pandemik #New Delhi #kes harian #peningkatan drastik
;