COVID-19: India catat jumlah kes harian tertinggi
Astro Awani
Julai 19, 2020 07:26 MYT
Julai 19, 2020 07:26 MYT
India merekodkan jumlah kes COVID-19 harian tertinggi pada Ahad selepas negara itu melepasi angka jangkitan 1 juta minggu ini.
Sebanyak 38,902 kes baharu COVID-19 direkod menjadikan jumlah keseluruhan 1.07 juta kes.
Kementerian Kesihatan India melaporkan 543 kes kematian dalam tempoh 24 jam dengan keseluruhan 26,816 kes.
Angka itu direkodkan ketika beberapa negeri di India melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersasar untuk membendung wabak itu bagi melindungi ekonomi.
Setakat ini, tiga negeri Maharashtra, Delhi dan Tamil Nadu menyumbang lebih daripada separuh kes pandemik.
Ketua rawatan paru-paru dan kritikal di sebuah hospital kerajaan di luar New Delhi, Dhruva Chaudhry berkata kes lebih mudah dikenal pasti di bandar-bandar kecil dan kawasan luar bandar.
#angka jangkitan 1 juta
#COVID-19
#India
#koronavirus
#New Delhi
#pandemik
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersasar
#wabak