COVID-19: India catat 276,110 kes positif baharu hari ini

Agensi
Mei 20, 2021 16:43 MYT
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara Asia Selatan itu kini pada angka 25.77 juta. - Reuters
BENGALURU: India pada Khamis melaporkan lagi 276,110 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, sementara angka kematian pula adalah sejumlah 3,874 orang.
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara Asia Selatan itu kini pada angka 25.77 juta, dengan kes kematian keseluruhan sebanyak 287,122 kes, menurut data Kementerian Kesihatan.
Sementara itu, vaksin yang dihasilkan di China diharap dapat menangani penularan varian baharu yang sedang mengancam India. Menurut pakar kawalan penyakit berjangkit, bekalan vaksin tersebut diyakini dapat memberi perlindungan tambahan 'ke tahap tertentu', berdasarkan hasil penyelidikan awal.
Bercakap dalam satu taklimat media, Shao Yiming, seorang penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit China, bagaimanapun tidak menyebut jenis vaksin atau varian yang dimaksudkan.
#India #COVID-19 #pandemik #jangkitan #kes baharu #rakyat india #China #vaksin
;