COVID-19: India buka tiga kemudahan baharu untuk saringan pandemik

Astro Awani
Julai 27, 2020 23:00 MYT
Kata Modi, India mengambil keputusan yang betul pada waktu yang tepat semasa pandemik melanda. - REUTERS/Adnan Abidi
Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan pembukaan rasmi tiga kemudahan baharu bagi tujuan saringan COVID-19.
Kemudahan di New Delhi, Mumbai dan Kolkata itu mampu menganalisis sehingga 10,000 ujian sehari.
Kata Modi, India mengambil keputusan yang betul pada waktu yang tepat semasa pandemik melanda.
India sekali gus dalam keadaan terkawal, jauh lebih baik jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia.
Ketua Agensi Penyelidikan Perubatan India memaklumkan, negara itu sudah menguji sekitar 515,000 sampel untuk COVID-19 pada Ahad.
Sehingga Isnin, sebanyak 49,931 kes yang dilaporkan menjadikan jumlah kes COVID-19 di India melebihi 1.4 juta.
Jumlah itu menjadikan India negara ketiga di dunia yang mencatat kes tertinggi COVID-19 selepas Amerika Syarikat (AS) dan Brazil.
#AS #India #koronavirus #Narendra Modi #New Delhi #pandemik