COVID-19: Hungary rekod angka tertinggi sejak pertengahan April

Agensi
September 11, 2020 00:03 MYT
Hungary mencatatkan 718 kes baharu COVID-19 pada Jumaat, jumlah tertinggi direkodkan negara itu sejak April lalu. - Foto AP
Hungary mencatatkan 718 kes baharu COVID-19 pada Jumaat, jumlah tertinggi direkodkan negara itu sejak April lalu.
Bagaimanapun Perdana Menteri, Viktor Orban memaklumkan, kerajaan tidak merancang untuk mengenakan sekatan di seluruh negara seperti yang berlaku semasa gelombang pertama wabak itu awal tahun ini.
Menurut beliau, objektif utamanya dalam melancarkan perang melawan COVID-19 adalah bagi memastikan Hungary kekal berfungsi.
Tegasnya, negara itu perlu kekal berfungsi dan tidak akan membiarakan virus itu melumpuhkan Hungary sekali lagi.
Tambahnya, kes di sekolah akan ditangani berdasarkan kes demi kes dan sekolah hanya akan ditutup sebagai jalan terakhir, jika tiada cara lain untuk membendung penyebaran virus.
Sehingga Jumaat Hungary mencatatkan 10,909 kes COVID-19 dengan 631 kematian.
#COVID-19 #Hungary #koronavirus #Viktor Orban
;