COVID-19: Hospital penuh, rakyat Mexico beli tangki oksigen sendiri

Astro Awani
Januari 23, 2021 08:55 MYT
Orang ramai beratur bagi mengisi tangki oksigen untuk waris yang dijangkiti COVID-19, mengambil peluang program kerajaan yang memberi isian semula oksigen secara percuma di Iztapalapa, Mexico City, Mexico, 18 Jan, 2021. REUTERS
PENINGKATAN kes COVID-19 yang tinggi di Mexico, serta hospital yang penuh, menyebabkan rakyat negara itu berusaha merawat ahli keluarga mereka sendiri di rumah.
Ia menyebabkan pembelian tangki oksigen meningkat.
Memburukkan keadaan, berlaku masalah kenaikan harga dan peningkatan kes kecurian tangki oksigen.
Mexico mencatatkan kes harian paling tinggi pada Khamis iaitu dengan 22,339 jangkitan dan 1,803 kematian akibat pandemik.
Peningkatan kes baru-baru ini telah menyebabkan hospital-hospital di negara itu sesak.
89 peratus kapasiti hospital telah dipenuhi manakala 61 peratus katil hospital sedang digunakan.
Setiausaha Kesihatan, Hugo Lopez Gatell mengatakan, jumlah kes akan terus meningkat.
COVID-19 | Kes positif dunia menghampiri 98 juta
#Mexico #kesihatan #COVID-19 #pandemik #oksigen
;