COVID-19: Hospital, doktor digesa guna rawatan antibodi

Astro Awani
Ogos 25, 2021 00:25 MYT
Seorang pesakit COVID-19 yang bergantung kepada mesin bantuan pernafasan berbaring di katil hospital di unit rawatan intensif Pusat Perubatan Willis-Knighton di Shreveport, Louisiana, 18 Ogos, 2021. - Gambar hiasan/Foto AP
PAKAR penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci, menggesa hospital dan doktor supaya menggunakan rawatan antibodi yang lebih baik untuk individu dijangkiti COVID-19.
Gesaan itu dibuat pada Selasa, ketika kemasukan ke hospital dan angka kematian semakin meningkat akibat penularan varian Delta.
Rawatan antibodi dapat mengelakkan pesakit dengan gejala ringan dan sederhana daripada berubah ke gejala yang lebih parah dan memerlukan rawatan di hospital, kata Dr Fauci.
Tambahnya, rawatan antibodi juga dapat berfungsi sebagai rawatan pencegahan bagi individu yang terdedah kepada pesakit yang dijangkiti COVID-19.
Tiga produk ubat antibodi boleh didapati secara percuma susulan kelulusan secara kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat.
Dr Fauci menyifatkan ia sebagai "intervensi yang sangat kurang digunakan."
COVID-19 | Hospital, doktor digesa guna rawatan antibodi
#Anthony Fauci #rawatan antibodi #Amerika Syarikat #Varian Delta