COVID-19: Hong Kong wajibkan penggunaan pelitup muka
Agensi
Julai 19, 2020 21:32 MYT
Julai 19, 2020 21:32 MYT
Hong Kong mewajibkan penggunaan pelitup muka di semua tempat awam sebagai langkah kawalan penularan COVID-19 susulan peningkatan mendadak di republik itu.
Malah, kira-kira 180,000 penjawat awam akan mula bekerja dari rumah pada minggu hadapan selepas lebih 100 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan pada Ahad.
Perkara itu diumumkan Ketua Eksekutifnya, Carrie LAm yang turut menyifatkan keadaan penularan di sana kini "kritikal" dan "tiada tanda-tanda reda" dalam masa terdekat.
"Dalam mesyuarat tergempar bersama Badan Eksekutif, kami membincangkan rang undang-undang baharu tentang penggunaan pelitup muka dan mengetatkan penggunaannya di semua tempat awam.
“Ketika ini, pelaksanaan perintah kecemasan akan kembali seperti Februari lalu dan buat masa ini kerajaan hanya membenarkan perkhidmatan utama dan perkhidmatan kecemasan beroperasi.” katanya.
Untuk rekod, kes positif COVID-19 di negara itu meningkat kepada 1,777, melepasi 1,755 jangkitan yang pernah dicatatkan semasa wabak sindrom pernafasan akut (SARS) pada tahun 2003.
#Carrie Lam
#COVID-19
#Hong Kong
#Ketua Eksekutif Hong Kong
#pelitup muka
#SARS
#sindrom pernafasan akut