COVID-19: Hong Kong catat kes kematian kedua
Agensi
Februari 19, 2020 12:34 MYT
Februari 19, 2020 12:34 MYT
Hong Kong mencatatkan kes kematian kedua akibat wabak baharu koronavirus atau COVID-19 pada Rabu.
Menurut pihak berkuasa kesihatannya dalam satu kenyataan, kes itu melibatkan seorang lelaki berusia 70 tahun yang telah ditahan di Hospital Princess Margaret.
“Mangsa telah dimasukkan ke hospital pada 12 Februari lalu selepas dipercayai jatuh di kediamannya. Dia yang pada mulanya mengalami demam telah disahkan positif virus itu sebelum meninggal dunia,” kata kenyataan itu.
Bagi kes di tanah besar China, lebih 2,000 kematian telah dicatatkan sementara 74,137 kes jangkitan direkodkan setakat ini.
Untuk rekod, pada 2003, sejumlah 299 warga Hong Kong meninggal dunia akibat penularan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) menjadikan 40 peratus daripada jumlah kematian global.
Hong Kong juga pada Isnin turut berdepan kekurangan bekalan akibat pembelian panik oleh kebanyakan pengguna susulan kebimbangan penularan wabak itu. - Sumber Agensi