COVID-19: Hong Kong buka hospital lapangan hadapi gelombang ketiga

Astro Awani
Ogos 1, 2020 06:07 MYT
Sebuah dewan pameran yang dijadikan hospital sementara untuk pesakit COVID-19 di Hong Kong, 1 Ogos, 2020. REUTERS
HONG KONG membuka kemudahan perubatan COVID-19 baharu di sebuah pusat pameran berhampiran lapangan terbang bandar.
Pihak Berkuasa Hospital Hong Kong menjadikan pusat AsiaWorld-Expo, yang biasanya digunakan untuk mengadakan konsert dan acara besar, sebagai kemudahan rawatan masyarakat untuk pesakit yang stabil.
Kemudahan itu dirancang bagi meringankan beban hospital di tengah-tengah gelombang ketiga jangkitan wabak tersebut.
Ia menyediakan sekitar 500 katil untuk pesakit COVID-19, berusia 18 hingga 60 tahun.
Kumpulan pesakit pertama, sekitar 30 orang, mula ditempatkan di pusat tersebut pada Sabtu.
Puluhan jururawat dan dua doktor akan memantau kumpulan pertama, dengan pesakit dihantar ke hospital awam sekiranya keadaan mereka bertambah buruk.
Hong Kong memerangi gelombang ketiga COVID-19, dengan 3,272 jangkitan dicatatkan.
#AsiaWorld-Expo #COVID-19 #Hong Kong #Hospital #konsert #koronavirus #perubatan #pusat pameran
;