COVID-19: Hanya individu telah divaksinasi dibenar ke tempat awam mulai 20 Ogos di Abu Dhabi

Reuters
Jun 29, 2021 10:11 MYT
UAE mengumumkan hanya membenarkan individu yang telah menerima vaksin untuk pergi ke beberapa kawasan awam di sini bermula 20 Ogos. -Gambar hiasan
ABU DHABI: Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan hanya membenarkan individu yang telah menerima vaksin untuk pergi ke beberapa kawasan awam di sini bermula 20 Ogos.
Tarikh itu bertujuan memberikan lebih banyak masa kepada warganegaranya untuk mendapatkan vaksin bagi memberi perlindungan menentang jangkitan COVID-19.
Antara kawasan tersebut termasuk sekolah, universiti, taska, pusat membeli belah, restoran, gimnasium, muzium, pusat peranginan dan semua kedai runcit kecuali yang menjual barang keperluan seperti pasar raya dan farmasi.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak terpakai kepada rakyatnya yang mendapat pengecualian dan juga individu berusia 15 tahun ke bawah.
#COVID-19 #vaksin #virus #Abu Dhabi #Emiriah Arab Bersatu UEA #kawasan awam #pasar raya #restoran #sekolah #jangkitan
;