COVID-19: Hampir semua daerah di Mexico kini dalam kategori merah

Astro Awani
Ogos 8, 2021 07:36 MYT
Setakat Jumaat, Mexico mencatatkan lebih 148,000 kes aktif dengan kebolehjangkitan di seluruh negara. - Foto fail/REUTERS/Luis Cortes
MEXICO CITY: Bandar Mexico dan hampir kesemua 32 daerah di negara itu kini dikategorikan sebagai kawasan merah susulan peningkatan kes COVID-19 yang semakin meningkat.
Setakat Jumaat, Mexico mencatatkan lebih 148,000 kes aktif dengan kebolehjangkitan di seluruh negara.
Jumlah ini adalah paling tinggi sejak bermulanya pandemik.
Jumlah kematian yang direkodkan di seluruh negara adalah 244,228 namun kajian menunjukkan kadar kematian termasuk yang tidak didaftarkan adalah sehingga 370,000 kes.
Susulan peningkatan kes, beberapa sekatan terpaksa dilaksanakan termasuk penutupan operasi tidak penting.
Kategori mengikut warna adalah berdasarkan indikator yang ditetapkan termasuk jumlah kes harian, jumlah katil dan beberapa indikator lain.
Kapasiti hospital di seluruh Mexico dilaporkan pada kadar 51 peratus.
Untuk rekod, sekatan yang dikenakan di negara itu agak longgar dan dilaksanakan di beberapa lokasi.
Begitu juga, tiada sekatan penggunaan pelitup muka atau ujian saringan besar-besaran.
Sehingga kini, 48 juta daripada 38 peratus populasi negara itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.
#jumlah kematian #Mexico #pandemik #ujian saringan
;