COVID-19: Hampir 1,600 kes baharu dicatat di New South Wales

Astro Awani
September 11, 2021 20:49 MYT
Aktiviti riadah di negeri itu berjalan rancak dengan ramai pengunjung ke pantai pada Sabtu bagi meluangkan masa bersama keluarga. - Foto REUTERS/Loren Elliott
SYDNEY: Sebanyak 77.3 peratus daripada keseluruhan populasi New South Wales telah menerima suntikan pertama vaksin.
Ia pada masa sama menyaksikan aktiviti riadah di negeri itu berjalan rancak dengan ramai pengunjung ke pantai pada Sabtu bagi meluangkan masa bersama keluarga.
Pada masa sama Menteri Kesihatan New South Wales, Brad Hazzard mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.
"Saya ingin mengingatkan kepada orang ramai supaya menjaga jarak sosial dan terus berhati-hati kerana masih ada yang belum mendapatkan vaksin dan kita mungkin mempunyai risiko dijangkiti," katanya.
Dalam tempoh 24 jam, New South Wales merekodkan 1,599 kes baharu dan lapan kematian akibat COVID-19.
Manakala Victoria mencatatkan 450 kes baharu.
Menteri Kesihatan Victoria, Martin Foley memaklumkan, lebih daripada 39,000 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk.
#COVID-19 #New South Wales #aktiviti riadah #Pantai